Friday, May 9, 2008

LAWATAN PENILAIAN BILIK BOSS SPBT










Tepat jam 11.15 pagi ini, seramai 8 orang pegawai penilai dari JPNS telah datang ke sekolah untuk lawatan ke bilik BOSS SPBT. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekolah mendapat pujian terhadap kawalan keselamatan di pintu pagar sekolah, kawasan sekolah yang bersih dan cantik, kerjasama yang padu antara pihak sekolah dan ibu bapa berdasarkan gambar-gambar yang ditayangkan melalui powerpoint SPBT. Harapan mereka agar kerjasama ini diteruskan dan dipertingkatkan kerana manfaatnya sangat tinggi khasnya terhadap anak-anak kita. Penilaian dilakukan terhadap sistem fail, projek khas SPBT, kelab SPBT, kerjasama dengan komuniti sekitar, perkongsian ilmu, keceriaan, penggunaan ICT dalam pengurusan BOSS SPBT, kerjasama sepasukan, pemantauan penjagaan buku teks SPBT, dan lawatan ke kelas serta ke bilik guru untuk meninjau penggunaan dan penjagaan buku teks. Kepada semua ibu bapa diucapkan ribuan terima kasih kerana telah membantu pihak sekolah membalut buku teks dan menulis nama anak, kelas dan tarikh terima buku. Moga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Sebagai tanda penghargaan terhadap tetamu yang hadir, jamuan tengah hari diadakan di Bilik Wawasan serentak dengan rumusan penilaian oleh ketua penilai. Kepada guru-guru SPBT, TAHNIAH kerana anda telah melakukan yang terbaik! Namun begitu, perjuangan kita belum selesai. Harapan kita tetap ada sehinggalah keputusan diumumkan. Doakan yang terbaik...TERIMA KASIH SEMUA.

6 comments:

  1. Pasti Pn. Nafisah rasa lega sekarang. Jangan relax sangat, nanti kena bersiap untuk wakil Negeri dalam pertandingan Bilik BOSS.

    ReplyDelete
  2. kepada yang telah bertungkus lumus membantu , ucapan terima kasih.
    dan kepada barisan BOSS moga kejayaan dicapai...

    ReplyDelete
  3. teima kasih kepada warga SKS2BK dan para ibu bapa yang memberi sokongan. Moga impian kita akan menjadi kenyataan....INSYAALLAH

    ReplyDelete